Thursday, 27 December 2012

::: Empty in my HEART :::

" Hati yang kosong "




".....dalam mencari kehidupan yang sebenar masih banyak lagi dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuh..kekadang terasa terlalu sukar untuk aku hadapi..aku cuba menguatkan diri ini untuk melangkah ke hadapan..menuju pada cahaya yang bersinar dihadapan..namun semakin ku kejar semakin jauh cahaya itu pergi sehingga aku terpaksa berhenti dalam kegelapan buat seketika..aku cuba mencari kembali sinar itu namun masih terlalu jauh untuk aku sampai ke situ...dimana silapku?dimana salahku?di mana pintu yang perlu aku ikuti??aku masih berdiri dengan kekuatan yang tersimpan..berharap agar dapat ku temui pintu menuju sinar itu...kekadang aku terasa hampir dengan sinar itu tetapi mungkin bukan pintu sinar yang sebenar aku temui..kerana sinar itu hanya seketika sahaja bercahaya terang dan kembali suram...aku terpikir sebentar sampai bila aku harus begini..mencari pintu cahaya yang hakiki???hidup semakin hari semakin penuh dengan kekosongan..terasa lemah diri ini untuk melangkah..terasa diri ini sudah tidak terdaya lagi untuk mengejar pintu yang benar..disaat ini langkah kaki semakin longlai..tiada lagi tempat untuk aku berpaut, tiada insan yang dapat memberi semangat untuk terus berdiri teguh...kini aku sendirian meniti hari-hari yang penuh tanda tanya..penuh dengan kesempitan di dalam hati..."

 ".....wahai hati...kembali la cahaya...berikan aku kehidupan buat kali kedua untuk aku laluinya dengan penuh kegembiraan dan keceriaan.... duhai hati...dimanakah kau sekarang??? kembali la kepadaku ini....aku amat memerlukannya untuk aku lalui liku2 kehidupan yang mendatang..."

No comments:

Post a Comment